Thursday, July 21, 2011

diam tak diam dah hampir 3 bulan aq brada di SMKM. selama 3 bulan ini byk yg telah ku lalui, suka duka bergelar sebagai pendidik.

Sunday, January 23, 2011

Dato, Hj. Kamaruddin B. Hj Zakaria


Beliau merupakan anak kelahiran daerah Kuala Lipis, Pahang. Beliau adalah merupakan salah sorang mantan Imam Masjid Negara dan merupakan Imam Negara yang ke-11. Dato’ Hj. Kamaruddin B. Hj. Zakaria dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Kenong, Kuala Lipis dari tahun 1959 hingga 1964. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat menegah di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis pada tahun 1965. Setelah tamat tingkatan 5, beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang keagamaan di Kuliah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Minat yang mendalam dalam bidang keagamaan seterusnya menyebabkan beliau menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar, Cairo, Egypt dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (B.A) Kuliah Syariah dan Undang-Undang pada tahun 1974 hingga 1979. Kejayaan tersebut membolehkan beliau dilantik sebagai guru agama di sebuah sekolah agama di daerah Kuala Lipis iaitu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku pada tahun 1979. Dato’ Hj. Kamaruddin B. Hj. Zakaria adalah merupakan salah seorang tokoh keagamaan yang banyak memberi sumbangan dalam bidang keagamaan.

Thursday, February 11, 2010

cinta pertama

org pernah ckp ar cinta pertama ssah n dlupakan. btol ke?
leh pcaya ke fakta ni?????
mungkin la kot...

kemarau hati_mestica

rintik hujan daun kebasahan
kenangan lalu di arus rindu
malam gelap zulumat yang menutup sinaran.
kemarau hati semakin memilu

hanya gemersik angin dari pohon-pohon
yang mengimbau ingatan meramas nurani
bak amukan gelora yang menghempas di dada
resah sendumu menggamit derita
berderaian di mata



C/O
Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu

Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati

Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu?

Tuesday, October 20, 2009

egokah aq....
mungkin ye, mungkin tak...
aq mengharapkan ia berpanjangan. Tapi takdir dah dtetapkan dia bukannya tercipta utk aq. Aq pasrah. Namun setiap kali aq melupakannya, ia akan muncul kembali. Kenapa??? dan Untuk apa??? Aq semakin bingung.....